Khamis, 18 Mei 2023

Resepi: Dalca sayur

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Ni ada satu resepi 'Dalca Sayur' yang sememangnya dah lama aku cari. Aku jumpa resepi ni dalam google. Buat masa sekarang ni aku akan catat di sini dulu. nanti kalau ada masa, baru aku nak cuba buat.

Dalca Sayur
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)
Bawang putih, bawang merah, halia (kisar)
Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang) buah pelaga tak perlu.
Santan
Sayur yang kegemaran
Cara-cara :
1) Rebus kacang dal sampai empuk.
2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis
3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau
4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing
5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras
(contoh: carrot, kacang panjang dan kentang)
6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. (Cth: Terung)
7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan
8) Letak perasa speerti garam, gula & ajinomoto secukup rasa.

Stay tune, nanti bila aku nak buat dalca ni, aku akan buat report penuh.



Khamis, 21 Oktober 2021

Salam Pengenalan

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Menulis blog mungkin boleh dianggap sebagai ketinggalan zaman. Sekarang ni ramai mula beralih menghasilkan 'youtube content' yang lebih menarik dan lebih ramai 'viewer'. Akan tetapi aku tetap memilih untuk menulis 'blog' kerana aku terasa lebih tenang dan tak perlu terlalu tertekan untuk hasilkan video. 

Selain itu, aku menulis blog sebagai catatan untuk diri aku sendiri sahaja. Kalau aku tulis dalam kertas, aku hilangkan kertas tu. Kalau tulis dalam 'handphone', kadang tu aku ter'delete' la pulak. Kalau tak 'delete' pun, kadang tu lupa kat mana aku 'save'. Kesudahannya aku terpaksa cari balik bahan atau 'content' yang aku cari.

Berbalik kepada tujuan utama aku mula menulis blog ni adalah khas untuk menyimpan nota resepi masakan yang pernah aku cari atau belajar dari sesiapa atau di mana sahaja. Jadi, lepas ni senang la aku nak rujuk balik dan bukan setakat itu sahaja, orang lain pun boleh rujuk sama.

gambar sekadar hiasan

Kepada mereka yang membaca atau terbaca 'blog aku ni, aku dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera